Sebagai Pengerusi Sekretariat Polis
Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia, kami di Lembaga Pelabuhan Johor dengan
sukacitanya mengucapkan selamat datang kepada anda terutamanya semua ahli
sekratariat ini ke laman web sekretariat yang menggunakan alamat www.mapas.org.my.
Kami telah merancang laman web ini sebaik
sahaja dipersetujui penwujudannya di dalam mesyuarat sekretariat bilangan 3
penggal ke empat di Miri, Sarawak pada 17 Mei 2007. Fokus pengisiannya adalah
untuk memenuhi semua objektif penubuhan sekretariat, yang mana memang tidak
dapat dinafikan tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan jalinan perhubungan atau
‘networking’ di kalangan warga pasukan keselamatan dalam sektor pelabuhan di
seluruh negara yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang sama dan
berguna untuk membuat keputusan yang tepat dan betul. Ini sekaligus dapat
meningkatkan tahap profesionalisme kita dalam melaksanakan tugas seharian.
Pertambahan berterusan jumlah kargo dan
penumpang seluruh dunia akan memberikan cabaran-cabaran yang besar kepada
pasukan penguatkuasaan undang-undang Pelabuhan khususnya pasukan keselamatan.
Faktor-faktor seperti keganasan, jenayah terancang, malapetaka alam, perebakan
wabak penyakit dan sebagainya akan memberikan impak ke atas cara-cara dan
teknik-teknik yang kita gunakan dalam menjaga keselamatan pelabuhan-pelabuhan
kita dengan sebaik mungkin.
Begitu juga dengan isu keselamatan
pelabuhan yang begitu penting dalam agenda antarabangsa kini, kita tidak dapat
lari dari memperkatakan ISPS Code (International Ship & Port Facility Security
Code) yang dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2004. Oleh yang demikian, dengan
perbincangan dan resolusi yang lahir dari setiap mesyuarat sekretariat adalah
sangat berguna dan terus menjadikan sekretariat ini sebagai entiti yang sangat
relevan.
Akhir
sekali, kami sangat berbangga dapar memberikan sedikit khidmat bakti
sebagai Pengerusi Sekretariat dan kami sangat mengharapkan kerjasama
yang berterusan daripada setiap ahli.
Sekian, wassalam.
DSP MOKHTAR BIN MOHD NOOR
Pengerusi,
Persatuan Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia
|