|   UTAMA   |   PERUTUSAN   |   AKTIVITI   |   BERITA   |   AHLI   |   HUBUNGI   |

MESYUARAT SEKRETARIAT POLIS BANTUAN PELABUHAN MALAYSIA KALI KE – 7, PENGGAL KE- 4, SESI 2005-2007




Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia kali ke – 7 telah diadakan di Lembaga Pelabuhan Kuching pada 3 hingga 5 April 2008. Antara program yang diadakan selain daripada mesyuarat tersebut adalah seperti taklimat Domestic Inquiry – Prosedur and Praktical, Taklimat prosedur peruntukan Tabung Wang JPK (MLVK), Taklimat Kawasan Laranga & Tempat Larangan 1959, dan taklimat ‘Performance Audit Port Security’

 

            Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada 3 April jam 8.00 malam pula ahli mesyuarat yang hadir telah disajikan dengan jamuan makan malam di River Cruise – Sungai Sarawak disamping persembahan tarian kebudayaan yang menjadi kebangaan Negeri Sarawak.

 

            Bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama ahli, satu perlawanan bowling persahabatan telah diadakan di Ampang Superbowl, Kuching. Semua ahli mesyuarat berpuashati dengan program yang diatur oleh urusetia pada kali ini dan berharap program sedemikian akan diadakan pada masa-masa akan datang.





































© Copyright 2008. Persatuan Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia