KEJOHANAN TEMPIN BOLING ANTARA
AGENSI POLIS BANTUAN MALAYSIA 2008
Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan
Kejohanan Tempin Boling antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008 yang telah
berlangsung di Ampang Superbowl, Pelangi, Johor pada 2 Mac 2008 dan telah
dirasmikan oleh Tuan Haji Zulfakar Bin Rahmat, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan
Johor. Kejohanan Tempin Boling ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh
Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA). Untuk meraikan para tetamu dan peserta yang
hadir, satu Majlis Makan Malam dan juga Majlis Perasmian telah diadakan di
Hotel The Zon Johor Bahru pada 1 Mac 2008. Majlis makan malam ini telah
berjalan dengan begitu meriah sekali ditambah lagi dengan persembahan-persenbahan
tradisional oleh kanak-kanak dari Yayasan Johor.
Pada 2 Mac 2008 pula, kejohanan
telah bermula pada jam 0930 pagi dan peserta-peserta yang hadir sungguh
bersemangat. Walaupun baru pertama kali diadakan dalam sukan APA, kejohanan ini
telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari agensi-agensi kerajaan dan
swasta yang mempunyai anggota Polis Bantuan. Sebanyak 16 pasukan telah
menyertai kejohanan tersebut dan sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan
iaitu kategori VIP, kategori perseorangan, kategori beregu dan kategori beregu
campuran.
Johan untuk kategori VIP ialah Encik Abd Nasir Bin
Abd Rahman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, naib johan ialah
Tuan Hasbullah dari Agensi Polis Bantuan Malaysia (APA) dan tempat ketiga ialah
Tuan Saifi Bin Haji Abd Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Manakala
untuk kategori perseorangan pula, gelaran johan dimiliki oleh Encik Bachok Bin
Timin dari Lembaga Pelabuhan Johor A, naib johan Encik Othman Che Ros dari
Johor Port Berhad A dan tempat ketiga Encik Mohd Fadzrul dari Semasa Sentral
Sdn Bhd. Bagi kategori beregu dimenangi oleh pasukan dari Ibu Pelabat Polis
Daerah Johor Bahru Selatan, tempat kedua pula pasukan dari Lembaga Pelabuhan
Johor A dan tempat ketiga oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Ketegori
beregu campuran dimenangi oleh pasukan dari Johor Port Berhad A, naib johan Ibu
Pejabat Daerah Seri Alam dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan dari Malaysian
Marine and Heavy Engineering. Kejohanan ini telah tamat pada jam 0630 petang
dan semua peserta berpuas hati dengan kejohanan yang telah dianjurkan.
Satu lawatan tentang Penugasan Polis Bantuan Sektor
Pelabuhan telah diadakan pada 3 Mac 2008 di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTPSB)
bermula jam 0930 pagi. Peserta-peserta lawatan telah diberikan taklimat di bilik
taklimat PTPSB mengenai tugas-tugas Polis Bantuan yang ditempatkan di kawasan
pelabuan dan kaitannya dengan operasi-operasi yang dijalankan di pelabuhan.
Setelah tamat sesi taklimat, peserta-peserta lawatan dibawa melawat menara
peninjau PTPSB yang merupakan pusat kawalan trafik untuk kapal keluar dan masuk
ke pelabuhan. Seterusnya peserta-peserta lawatan telah dibawa masuk ke dalam
kawasan pelabuhan untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi yang dijalankan
dan penempatan anggota-anggota Polis Bantuan. Peserta-peserta telah diberikan
penjelasan yang lebih mengenai tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh anggota
Polis Bantuan untuk melicinkan operasi dalam pelabuhan.
|