|   UTAMA   |   PERUTUSAN   |   AKTIVITI   |   BERITA   |   AHLI   |   HUBUNGI   |


Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Persatuan Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia:


MESYUARAT SEKRETARIAT POLIS BANTUAN PELABUHAN MALAYSIA KALI KE-7, PENGGAL KE-4, SESI 2005 - 2007



Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia telah diadakan di Lembaga Pelabuhan Kuching pada 3 hingga 5 April 2008...berita penuh


KEJOHANAN TEMPIN BOLING ANTARA AGENSI POLIS BANTUAN MALAYSIA 2008


Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan Kejohanan Tempin Boling antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008 ...berita penuh



ASEAN – JAPAN JOINT COMMUNICATION EXERCISE ON PORT SECURITY INCIDENT 2007

Lembaga Pelabuhan Johor  telah menyertai ASEAN – Japan Joint Communication Exercise On Port Security Incident 2007 yang diadakan serentak di beberapa pelabuhan di seluruh ASEAN. Latihan tersebut telah diadakan pada 7 February 2007.



 

LAWATAN KERJA KE PELABUHAN MUARA, BRUNEI DARUL SALAM

Lawatan kerja ke Pelabuhan Muara Negara Brunei Darssalam telah diadakan pada 18 Mei 2007. Lawatan ini adalah anjuran Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia yang bertujuan untuk meninjau aspek keselamatan berhubung dengan ISPS Code. Penyertaan adalah terdiri daripada ahli sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia seramai 25 orang.



KURSUS PENYIASATAN POLIS, BRISDALE HOTEL KUALA LUMPUR

Kursus Penyiasatan Polis telah diadakan selama seminggu bermula dari 22 hingga 27 Oktober 2007 di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 33 orang telah menyertai kursus ini dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kursus ini dianjurkan oleh Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia dengan kerjasama pihak Westport dan PDRM.



 
TABLE TOP EXERCISE ISPS CODE, BAY VIEW HOTEL, P.PINANG
Table Top Exercise ISPS Code anjuran Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia telah diadakan pada 31 Oktober 2007 di Bayview Hotel. Pulau Pinang. Seramai 23 orang penyertaan daripada semua ahli di seluruh Malaysia.



PERTANDINGAN MENEMBAK DI LISRAM, LANGKAWI

 
Pertandingan ini telah diadakan pada 29 Oktober 2007 di Puast Latihan Menembak LISRAM, Langkawi. Penyertaan adalah terdiri daripada Ketua Polis Bantuan Westport, Bintulu Port Sdn. Bhd, Pelabuhan Tg. Pelepas sdn. Bhd, Penang Port, Lembaga Pelabuhan Johor dan pihak kakitangan LISRAM.



 

LATIHAN ISPS CODE BERSAMA PAGEMA

 
Satu latihan ISPS Code telah diadakan bersama latihan PAGEMA di Jeti Idemitsu (M) Sdn. Bhd pada 12 November 2007. Latihan ini melibatkan beberapa buah agensi yang berkaitan seperti PDRM, Hospital, Kastam, Bomba, Jabatan Laut, Jabatan Kesihatan dan lain-lain.
 
Kembali
















© Copyright 2008. Persatuan Polis Bantuan Pelabuhan-Pelabuhan Malaysia